msa

Saturday, June 6, 2009

VT - BY Hilal asyraf


Alhamdulillah..........
Hari ni Allah masih beri peluang buat Sakinah untuk menaip di papan kekunci ni...
Hmmm.....
Saja je letak cover buku VT by Hilal Asyraf.
Sakinah uhibbu jiddan jiddan hazihil Qissah..
Tak tahulah kenapa tapi buku ni banyak memberi panduan buat kita semua para de'ie dan khalifatullah
Syukran Jazilan wa jazakallahu khairan kathira ilal Akh Hilal Asyraf kerana telah berjaya menerbitkan buku sehebat ini....
JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.....

Tuesday, June 2, 2009

BuAtMu MuSlImAh........



Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.


Usah baBoldngga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....



Monday, June 1, 2009

DeNgAN MenYEbuT NaMA ALlaH YanG MAhA PeMUraH LaGi MahA MeNGasIhaNI.........

Alhamdulillah, diri ini masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menghirup udara sesegarnya...

Ok.ni jadual belajar untuk sakinah for this cuti sem....

CHAIYOK!!CHAIYOK!!
Al-Azhar is waiting for YOU....

Setiap hari ; 1 chapter dari Subjek BIOLOGY
1 chapter dari Subjek PHYSICS
1 chapter dari Subjek CHEMISTRY
1 chapter dari Subjek ADD MATH
1 chapter dari Subjek SEJARAH
1 chapter dari Subjek PQS/PSI

Tambahan ; 10 kalimah BI,BM,BA
1 m/s dari AQ (hafazan)
2 juzu' dari AQ(ulangan)

INSYA ALLAH DOAKAN sakinah YE?!

BITTAUFIQ WANNAJAH YA UKHTI...

Sunday, May 31, 2009

SakInAH BerSuarA....

Sakinah macam Sedeyh sangat2 sekarang

Nak tahu Kenapa???

Tadi Sakinah ziarah blog rakan-rakan sakinah yang lain dan didapati di dalam blog salah seorang sahabat sakinah dia telah menyuarakan rasa ketidakpuashatian dia......

Bagus memanglah bagus namun mana letaknya AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR>??

MANA LETAKNYA SALING MEMPERINGATI??

MANA LETAKNYA sYU'UR MAHABBAH ILA SADIQATI???

MANA LETAKNYA UKHUWAH ISLAMIYAH KITA YA SAHIBATI???

Asy'uru bilhazan JIDDAN JIDDAN!

Nilah salah satu puncanya umat Islam sekarang LEMAH!!!

Kerana APA??

Kerana hasad dengki sesama sendiri , tidak ada rasa kasih sayang antara satu sama lain, ghibah berleluasa dan perpecahan antara umat Islam SENDIRI....

Sedangkan lihatlah rakan-rakan kita di PALESTIN??!!

Mereka berjihad berhabis-habisan namun kita berjihad dengan APA???

Dengan benda yang remeh-temeh.....

Ya Allah, Beginikah sikap umatmu......

ASY'URU BILHAZAN JIDDAN JIDDAN........... ;[ :{ ;(

SrIkaNDi'S InTHe HoUsE ^_^

Salamualaikum...............

Semalam tidur lewat bangat!!!
Entahlah , tekder mood to STuDy Ni....
CaMna NI???
HeYP, GirL You'Re GoInG To tAkE SpM ThIS YeaR!!

ana tak tau dah nak wat camner ni...

Hmm.....
sahabat-sahabat yang pergi ke i'idat du'at telah selamat pulang....
ALhaMdUlILlaH!!

pasti antunna sume dah dapat BANyak TarBiyah di SanA kan??

SrIkaNDi is stIll In dilema......

;(

:{

;[

SedEyH banGaT!!!

Fsquared pulak Tak JaDik Pegi...

I'M in DiLeMa

HAti MeRinTih.....Ya TuHanKU!

Alhamdulillah......

dapat juga ana mencoret sepatah dua kata di sini.....

Sekarang, risau SYADID2 kerana kami merancang Li Ziarah Ila USIM fi minggu kedua 'Utlah.....

Entahlah, rasa macam dah banyak jiddan2 susahkan orang.....

QURRAH ; Dahlah S****** tak payah kita pergi tunggu jer, klu kita dapat pergilah tapi ana rasa macam taknak pergi sebab dah banyak kita susahkan orang, kan?!

Fsquared ; Ana nak pergi kak k**** ! ustaz cakap apa? kita takleh mengalah!!Ana nak sangat pergi!!!

NaqiSar ; Ana tak kisah....Mak ana dah bagi keizinan!!!

Ni sume komen2 rakan - rakan ana yang terlibat.....

YA ALLAH, BERIKANLAH KU KEMUDAHAN UNTUK MEMILIH KEPUTUSAN YANG SEBAIKNYA!!

Ana agak penat minggu ni kerana melakukan sesuatu yang skinh tak pernah lkukan sebelum ni......

Akrahu Li yattasilu ma'al Ustaz HAH ..........

Skinh TAK SUKA!!!

Geram..... tapi macam mana nak buat???

YA ALLAH, JAGALAH HATI HAMBAMU INI DARI ZINA HATI YANG MENGEJARI........ ;( );

cErPEN>

Sep 11, 2007

Cerpen - Sempena Ramadhan

Oleh: Al-Hidayah

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat

tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa

terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera

luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu,

separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam

Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah,

assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak

mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun

ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3

player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy

menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah

ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat

kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca

kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama

Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka

ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka

sahajalah mereka bertawakal”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku

sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku.

Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud,

Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali

ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi

doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah

mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa

juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited”

kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada

Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk

menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang

juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan

ditiup angin.

“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat

Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok

dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima

Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau

sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas

usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di

dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan

perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan

Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu

dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri

muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman

seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan

dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program

islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan

untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk

memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah.

Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan

“dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia

tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-

tiba Najwa tersentak lagi..


“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang

kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka

tidakkah kamu berfikir?”

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan

dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu

jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada

kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap

dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu

menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa

bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia

mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk

mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang

sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang

memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa

yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.

“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu

kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka

menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam

pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa

khabar iman kamu?).

Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in

Ramadhan all the time!”

Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak

pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah

yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”

“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”

“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila


kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita.

Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.

“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang

lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim,

bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di

sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang

yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of

solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada

berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”

“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena

amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun

apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin

with?” Hayati berkata.

Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”

Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”

Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”

Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada

hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat

imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda,

sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”

“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni,

sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan

indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down

ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat,

turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia

merintih kepadaKu”

You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah

dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah

memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap

kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap

kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa

terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini

mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

open your eyes - Maher Zain

asdiqa'i

Powered By Blogger

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

FREE PALESTINE

Facebook Badge

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

Salam bertandang ke blog ini.....

10 muwassofat tarbiyah


1) Salimul 'Aqidah

-Aqidah Yang Sejahtera


2) Sohihul Ibadah

-Ibadah Yang Sahih


3) Matinul Khuluk

-Akhlak Yang Mantap


4)Qadiran 'Ala Kasbi

-Mampu Bekerja / berdikari


5) Mutsaqqafal Fikri

-Berpengetahuan luas


6) Qawiyyal Jism

-Tubuh Yang Cergas


7)Mujahadah Linnafsi

-Mujahadah (Menguasai Diri)


8)Munadzomun fi syu'unihi

-Teratur urusannya


9)Haarithun 'ala waqtihi

-Sangat Menghargai Masa


10)Nafi'ul Li Ghairihi

-Bermanfaat Kpd Orang Lain


About Me

Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini

Al-waqtu kassaif....

Musafir SaKinah

1924

1924
oh, MusLim WakE UP!!

Man Anti/Anta?