msa

Sunday, May 31, 2009

cErPEN>

Sep 11, 2007

Cerpen - Sempena Ramadhan

Oleh: Al-Hidayah

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat

tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa

terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera

luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu,

separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam

Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah,

assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak

mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun

ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3

player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy

menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah

ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat

kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca

kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama

Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka

ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka

sahajalah mereka bertawakal”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku

sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku.

Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud,

Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali

ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi

doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah

mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa

juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited”

kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada

Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk

menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang

juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan

ditiup angin.

“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat

Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok

dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima

Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau

sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas

usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di

dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan

perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan

Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu

dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri

muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman

seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan

dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program

islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan

untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk

memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah.

Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan

“dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia

tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-

tiba Najwa tersentak lagi..


“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang

kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka

tidakkah kamu berfikir?”

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan

dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu

jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada

kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap

dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu

menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa

bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia

mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk

mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang

sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang

memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa

yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.

“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu

kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka

menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam

pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa

khabar iman kamu?).

Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in

Ramadhan all the time!”

Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak

pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah

yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”

“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”

“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila


kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita.

Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.

“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang

lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim,

bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di

sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang

yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of

solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada

berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”

“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena

amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun

apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin

with?” Hayati berkata.

Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”

Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”

Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”

Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada

hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat

imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda,

sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”

“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni,

sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan

indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down

ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat,

turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia

merintih kepadaKu”

You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah

dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah

memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap

kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap

kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa

terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini

mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

No comments:

Post a Comment

open your eyes - Maher Zain

asdiqa'i

Powered By Blogger

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

FREE PALESTINE

Facebook Badge

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

Salam bertandang ke blog ini.....

10 muwassofat tarbiyah


1) Salimul 'Aqidah

-Aqidah Yang Sejahtera


2) Sohihul Ibadah

-Ibadah Yang Sahih


3) Matinul Khuluk

-Akhlak Yang Mantap


4)Qadiran 'Ala Kasbi

-Mampu Bekerja / berdikari


5) Mutsaqqafal Fikri

-Berpengetahuan luas


6) Qawiyyal Jism

-Tubuh Yang Cergas


7)Mujahadah Linnafsi

-Mujahadah (Menguasai Diri)


8)Munadzomun fi syu'unihi

-Teratur urusannya


9)Haarithun 'ala waqtihi

-Sangat Menghargai Masa


10)Nafi'ul Li Ghairihi

-Bermanfaat Kpd Orang Lain


About Me

Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini

Al-waqtu kassaif....

Musafir SaKinah

1924

1924
oh, MusLim WakE UP!!

Man Anti/Anta?