msa

Sunday, May 31, 2009

UnTItLeD.....

From :
Temanmu yang jauh di perantauan ,
Yang kan selalu mengingatimu,
University of Dunedin ,
New Zealand.


“Hmm…..siapalah pengirim surat ni??Mar……ni ada surat untuk anti ni!!!
Mar!!! Mar!!! Cepat turun Mar …..surat dari jauh!!! Mar!!!”teriak Salsabila sambil menayangkan surat bersampul biru di tangan kirinya.

“Ya Allah, Sal kenapa menjerit-jerit ni?Mar ingat Sal kena apa-apa ke? Takpun kena culik atau dera ke? Hish…..Sal ni berapa kali Mar bilang jangan berteriak macam tu……tak elok anak dara sayang ooi!! Malu jiran sebelah dengar,tau?!”ujar Mar.

“Baiklah tuan puteri intan payung sayang ooi…Sal mohon maaf! Ni ada surat untuk Mar…Jauh tu!Dari New Zealand”

“Syukran Jazilan , Sal!”ucap Mar sambil mengambil surat bersampul biru dari tangan Salsabila.

“Mar, Kalau anti nak pergi jami’ah atau maktabah ajak ana tau…Ana nak rehat sebentar!”

“ok Sal. Pergilah berehat!”

“Baca surat tu tapi jangan sampai termimpi-mimpi pula pada si pengirim!Hehehe” giat Salsabila lantas menapak ke ruang atas.

“Sal……Sal……,Tak habis-habis!”keluh Mar melihat keletah Sal yang tidak pernah berubah sejak pertemuan pertama mereka.

Mariyah al-qibtiyah Binti Mustaqim Al-qardhawi. Nama empunya diri kini sedang menuntut di Jami’ah Al-Azhar , Iskandariah Mesir . Mariyah tersenyum sendirian mengenangkan sejarah dirinya.

“Hmmm……..Siapalah pengirim surat ini?England !Takkanlah Suaibah Dia kat New Zealand….”Benak pikiran Mariyah menimbulkan pelbagai soalan berikutan kehadiran surat bersampul biru ini.

Mariyah tertanya-tanya dengan kehadiran surat bersampul biru tersebut.

*************************************************************************************
“Alhamdulillah……Habis kuliah hari ni,”ujar Masyitah kepenatan

“Yelah Masy . Ana rasa penat sangat hari ni…..Ujian Allah untuk kita yang kat perantauan ni, kan?!”

“Eh, sal !Surat siapa tu? Dah beberapa hari ana tengok terdampar kat situ je?”

Salsabila membuntangkan matanya sebaik sahaja melihat surat tersebut.

“Lah…..Ni surat Mar Dari yaumul Isnain dah sampai. Dah nak dekat seminggu surat ni sampai kat sini…”

“Ye ke….kalo gitu biar Masy yang bawak naik dan beri Mar bila dia balik nanti…”

“Haa……tapi jangan Masy pulak lupa nak bagi nanti tau!”

“Insya Allah , Masy ingat. Ana naik dulu yer…..Nak mandi belengas dah ni….”

“Ok naik dululah nanti lepas Masy Sal pulak mandi”

“Ok Masy nak mandi cepat – cepat nanti jadi kambing ……Melekat-lekat peluh dan daki…Hiiiii!”

“Masy ni……!”

Masyitah berlari-lari anak menapak ke ruang atas bagi menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa usikan Salsbila.

Suasana kembali sunyi sepertimana biasanya mereka lalui.Hidup di perantauan banyak mengajar Mariyah,Salsabila,Masyitah dan sebahagian besar rakan – rakan mereka erti kehidupan dan ketabahan dalam menempuh cabaran dan dugaan yang mendatang.Salsabila yang selama ini dibesarkan dalam kemewahan mengenal erti susah payah mencari sesuap rezeki ketika di perantauan dan mengajarnya mengenali hati budi rakan-rakan . Maha Suci Allah yang menetapkan segala sesuatu itu ada hikmah dan kesenangan yang terselit di sebaliknya. Allah Maha Berkuasa Atas segala sesuatu.

Benarlah firman Allah , mafhumnya:

“Allah mendatangkan sesudah kesusahan itu pasti ada kesenangan….”
Kalam Allah yang disampaikan kepada manusia ini padat isinya dan mendalam maknanya, hanya yang berusaha untuk memahaminya akan dapat hikmah di sebaliknya. Subhanallah wal hamdulillah walailaha Illallah wallahu akbar!!

Allah sebaik – baik pelindung dan Dia lah tempat kita berlindung. Salsabila asyik merenung kebesaran , keagungan dan keindahan ciptaan Allah yang terpampang di hadapan matanya. Langit yang bercahaya disinari cahaya rembulan dan sinaran bebintang.Salsabila teringat akan peristiwa yang berlaku pada dirinya beberapa bulan yang lalu.

Tragedi hitam yang pasti tidak akan dilupakan oleh mana – mana gadis andai ia terjadi pada rakannya yang lain.12 oktober , Salsabila hampir diperkosa oleh lelaki jalanan ketika ingin pulang ke rumahnya . Betapa hebatnya kasih sayang Allah kepada hambanya yang bergantung harap kepadanya sepenuhnya , Salsabila diselamatkan daripada tragedi tersebut dengan bantuan Allah yang mengilhamkan kepada rakannya, Saifullah Al-Hakim untuk melalui jalan tersebut. Alhamdulillah setelah tragedi tersebut Salsabila berasa betapa dekatnya dirinya dengan Allah s.w.t. Betapa hampir jiwanya dengan kasih sayang Allah….

“Assalamualaikum!!!”

“Waalaikumussalam…..” balas Salsabila.Lamunannya sebentar tadi telah terhenti.

“Sal, dah balik rupanya! Alhamdulillah, penatnya hari ni…..”

“Hai , ingatkan mak cik sorang ni dah tak ingat jalan balik rumah…?”giat Salsabila.

“Alah , Sal marah yer?? Nanti Mar panggil cik abang datang sini pujuk Puteri Salsabila Megat Muzakkir ye….”

“Iishh…Mar ni!!!”rajuk Salsabila.

“Sal , jangan merajuk kay?!”

“Just joking!” sengih Salsabila

“Alhamdulillah , ingatkan betul – betul tadi…”

“Mar , have you forgotten about something , my dear?”

“Hmm….I’m not sure! Limaza?Ana ada terlupa something ke??”

“Mar!! Try to remember!How dare you leave it like that?”

“Ya Allah!That must be the letter , right? Asifah jiddan , ya ukhti!Nasitu!”

“Hmm…..Send your apologise to the sender , kay ?!”

“Insya Allah. I’ll do it as soon as possible! BiIznillah!”

“Your letter with Masyitah , upstairs!”

“Sal, La Taghdab!Ana kenal anti , kalau marah you must be speaking like
this….”

“No , it’s alright!Ok, Good night! Don’t forget muhasabah yaumiyan!Godenacht!”

“Insya Allah ! Laki!Nacht!”

*************************************************************************************

No comments:

Post a Comment

open your eyes - Maher Zain

asdiqa'i

Powered By Blogger

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

FREE PALESTINE

Facebook Badge

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

Salam bertandang ke blog ini.....

10 muwassofat tarbiyah


1) Salimul 'Aqidah

-Aqidah Yang Sejahtera


2) Sohihul Ibadah

-Ibadah Yang Sahih


3) Matinul Khuluk

-Akhlak Yang Mantap


4)Qadiran 'Ala Kasbi

-Mampu Bekerja / berdikari


5) Mutsaqqafal Fikri

-Berpengetahuan luas


6) Qawiyyal Jism

-Tubuh Yang Cergas


7)Mujahadah Linnafsi

-Mujahadah (Menguasai Diri)


8)Munadzomun fi syu'unihi

-Teratur urusannya


9)Haarithun 'ala waqtihi

-Sangat Menghargai Masa


10)Nafi'ul Li Ghairihi

-Bermanfaat Kpd Orang Lain


About Me

Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini

Al-waqtu kassaif....

Musafir SaKinah

1924

1924
oh, MusLim WakE UP!!

Man Anti/Anta?