msa

Saturday, December 19, 2009

PeRHatIkaN SegALa PerKAra Di SEkeliLiNg KiTA......

Salamualaikum buat sahabat seperjuangan

Kalam meniti laju dari bibir ini,
hati resah seketika ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi,
diri laju menuju ke jalan nya bagi meluahkan segala rasa ini,
moga ALLAH sentiasa memudahkan kita dalam segala urusan yang ingin kita jalankan.



Alhamdulillah,
Allah masih memberi diri ini peluang untuk mengetuk papan kekunci ini dan
meluahkan sedikit rasa hati yang bertandang,


"Segala yang berlaku pada diri kita ini pasti ada hikmah di sebaliknya"

Alkisah bermulalah cerita......


Sunyi menyelubungi subuh yang hening, azan masih belum berkumandang. Kelihatan dua insan berpakaian lengkap untuk menunaikan solat subuh bergegas menapak ke musolla banat sekolah menengah Islam Hidayah,JB.


Seusai menunaikan solat subuh dan membaca wazifah secara jemaah bersama dengan pelajar tahfiz kedua insan memulakan perbualan pagi mereka dengan berbekalkan kuntuman senyuman yang memekar di bibir mereka.

Benarlah, "bangun awal-awal pagi nanti murah rezeki".


NS: Maryam,ana seram pulak nak periksa untuk paper hari ni.....


MR: insya allah , doa moga ALLAH mudahkan kita dalam paper BA nanti...


NS : Maryam bangun pagi tadi kan?terima kasih kejutkan sakinah.


MR : takpelah, dah apa gunanya sahabat kan?


Sedang kedua-duanya asyik berbual-bual, seorang adik yang menyertai kem tahfiz menghampiri mereka dan mengucapkan salam.


SA : Salamualaikum,akak-akak.


NS & MR : Waalaikumussalam.


SA : Akak maryam dan akak sakinah, ustazah Sharifah minta akak sampaikan sedikit tazkirah buat pelajar tahfiz.....


NS & MR : Insya Allah.


Bicara indah meluncur di bibir mereka sambil didengari dan dihayati oleh setiap pendengar.Sehinggalah tiba di saat akhir, Ustazah Sharifah telah dijemput untuk memberi sedikit muzakarah buat anak anak didiknya.


Tinta Bermula:


"Insya allah , hari ni ustazah tak nak bicara mengenai perkara yang terlalu berat tapi ustazah hanya nak adik-adik membuka mata,telinga dan paling utama hati adik-adik untuk melihat dan memerhatikan segala perkara yang berada di sekeliling kita....


Okaylah,ustazah nak bertanya,kalau kita nak tahu pukul berapa kita tengok apa?Sudah tentulah jam.Tak kiralah jam tangan ke,jam dinding ke,ianya tetap membantu kita untuk mengetahui masa.Betul tak?


Baiklah,sekarang ustazah nak adik-adik yang ada jam tengok jam adik-adik.....Ada berapa jarum dalam jam adik-adik?3 kan?Satu jarum saat,satu jarum minit dan satu lagi jarum jam.Sekarang cuba adik-adik hayati pergerakan jam ni dan cuba simpulkan apa yang adik adik dapat dari jam ni.....


Konsep yang boleh kita lihat dari jam ni ialah istiqamah dalam sesuatu amalan harian kita akan membawa satu perubahan yang besar dalam diri.Kenapa ustazah cakap macam tu? Cuba perhatikan jarum saat,kita nampak tak dia bergerak?Sudah tentu! Kalau jarum minit? Jarang-jarang! Kalau jarum jam? Tak nampak kan?! Sedar-sedar masa kita dah berlalu.


Macam tu juga dengan diri kita setiap amalan yang kita lakukan akan menghasilkan kesan dalam diri kita.Andai kita rajin membaca al-quran dan wazifah, insyaallah Allah akan mudahkan segala urusan kita dan lembutkan hati kita.Begitu juga dengan menghafal al-quran, kita kena sentiasa istiqamah dalam mengulangnya."


Masih terngiang-terngiang kata-kata ustazah sharifah yang mengiringi perjalanan Sakinah sejak sakinah tingkatan dua.Tidak terselit secebis rasa kekesalan pun kerana kami memperuntukkan masa untuk mendengar butir-butir bicara indah sedangkan boleh sahaja kami mengulangkaji waktu itu.

ALHAMDULILLAH


Open Your Eyes Lyrics
by:MAHER ZAIN

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have toOpen our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..Alhamdulillah..



Thursday, August 13, 2009

"AlWaqtu kassaif.."

Sakinah nak share dengan semua orang mengenai suatu perkara....

We Are The Future

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

"Langit menggelap, sang bulan mula menampakkan diri di persada langit berbintang..tanda hari menuju penghujungnya..menanti...munculnya hari esok.."

"Ada apa dengan esok?" adik bertanya kepadaku.

"Adik, kita sebagai manusia punyai 2 tujuan diciptakan, adik kan pernah baca ayat 56 dr suroh az-Dzariyaat yang menjelaskan tugas kita di atas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah," aku menjelaskan.

"Apa lagi satu?" adikku bertanya lagi.

"Dalam surah al-Baqaroh ayat 30 pula, Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Bukan hanya di Malaysia. Tugas khalifah perlu dilaksanakan di seluruh muka bumi yang wujudnya kalimah La Ilaha Illallah," tambahku..

Khalifah...susah ke nak jadi...apatah lagi memahami..

Pernah Murobbiku menjelaskan, sebelum kedatangan Rasul, manusia ketika itu berada dalam kegelapan dan kejahiliyahan.
Tetapi selepas Rasulullah diutuskan, mereka menjadi sebaik-baik umat (khalifah).

"Antum nak tahu bagaimana Rasulullah dapt mengubah keadaan ketika itu?" Sang Murobbi
bertanya.

"Memangla nak tahu..!!" serentak kami menjawab.

"Itulah peranan Tarbiyah," jelas Sang Murobbi.

Sejak hari itu, aku mengetahui ada perkataan 'Tarbiyah'. Aku fahami tarbiyah itu bukanlah satu pengertian secara lughawi (bahasa) tetapi satu kata kerja bukan kata nama.

'Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula memerlukan Tarbiyah'.

Teringat kata-kata murobbi.

Aku memikirkan....'tugas kita di muka bumi ini sebagai hamba dan khalifah..Kalau
begitu, nak menjadi kedua-duanya perlulah kepada Tarbiyah...

Kini aku bersyukur, aku berada di dalam lingkungan Tarbiyah Islamiyyah, sama ada aku
hanya terkena biasnya ataupun masuk ke dalamnya. Aku berharap akau berada dalam
landasan yang tepat.

Jika seorang penyelam ingin mencari mutiara tercantik di dasar laut, pasti dia
memerlukan peta untuk mencapai tujuannya. Begitulah kehidupanku, aku ingin mencari
mutiara tersebut (notabene :mencapai tujuan penciptaan) dan aku memerlukan peta...
Peta tersebut memang sudah tersedia iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Tapi...macam mana nak faham peta ini??

Aku bersyukur kerana hadir individu-individu yang sanggup mengorbankan jiwa raganya untuk memahamkan aku dengan peta tersebut...bukan sekejap untuk aku faham dan kini
belum pasti aku dapat menyelami seterusnya memahami peta tersebut..dan mereka tidak
pernah berhenti berusaha memahamkan aku...


"Ya Allah, masa tidak pernah menunggu kami.Esok merupakan hari keberangkatan kami ke
Jawa. Kau jadikanlah kembara ini kembara tarbawi yang bisa mengantarkan kami menjadi
manusia yang lebih dekat padaMu.
Jadikanlah diri kami melihat negara jiran kami
sebagai negara kami. Jadikanlah degupan jantung kami semasa berada di sana sebagai
degupan jantung yang akan menggalas misi besar apabila pulang nanti.
Jadikanlah diri
kami melihat umat di sana dengan mata hati yang bening. Ya Allah, keberangkatan kami
adalah mencari RidhoMu semata. Kepenatan kami baru sedikit berbanding teman-teman kami
di Gaza bumi Ribath. Ya Allah, jadikanlah kembara kami bukan kembara jasad, tetapi
kembara jiwa..kerana kami adalah masa depan.."

"Kau kasihanilah mereka yang membantu aku mengenalMu ya Allah.."

Sang Murobbi berkata dengan penuh harapan dan kasih, "Antum harus penjadi penerus Abi
dan Ummi antum.."

Doakan kami, generasi masa depan yang akan meneruskan perjuangan antum..ameen.

"Kembara Ini Baru Hendak Bermula"

Salam perjuangan buat SEMUA.....


Tuesday, August 11, 2009

Allah hadirkan kita RasA bAhAgiA TAPI






Alhamdulillah di pagi yang hening ini dapat skinah ..................

Monday, August 10, 2009

hal antum musta'iddun???

Hal antum musta'iddun?

bismillahirrahmanirrahim,

Semoga Allah memberikan umur kepada kita untuk menikmati jamuan-Nya yang sangat special, yaitu datangnya bulan Ramadhan. Jamuan Allah yang membuat orang yang putus harapan mnjadi berharap, yang putus asa mnjadi bangkit, yang hampir lumpuh semangatnya boleh berkobar semula. Janji-janji Allah di bulan Ramadhan ini memang begitu hebat!

"Seumpama benih yang telah mati, tiba-tiba diberi pupuk yang membangkitkan kekuatan dahsyat sehingga apapun yang layu dibuatnya tegar kembali."

Kalaulah kita banyak menghadapi hidup ini dengan rasa berat, seakan-akan tipis harapan, maka Ramadhan adalah saat dimana Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang berharap dari keberkahan bulan ini.

Seharusnya kita bersimbah air mata karena merasa ingin sangat ingin menikmati jamuan Allah SWT pada bulan Ramadhan kali ini. Seperti kita melihat seorang dermawan yang kaya raya dan mulia akhlaknya akan menjamu seseorang, dan pastinya kita akan merasa gembira sekiranya kita diundang atau dijamu oleh orang yang sangat kita segani ini.

Apalagi Ramadhan bukanlah jamuan dari makhluk, tapi langsung jamuan dari Pencipta Alam Semesta yang Mahatahu lumuran dosa kita, yang Mahatahu segala derita dan harapan dan harapan kita. Amatlah rugi andaikata kita tidak termasuk orang yang merasa sangat ingin memasuki Ramadhan ini dalam keadaan bsedia.

bacalah khutbah Nabi SAW ketika menyambut bulan Ramadhan.

Beliau bersabda : "Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika engkau diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Pada bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.Bermohonlah kepada Allah Robb-mu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingnya untuk melakukan shaum dan membaca kitab-Nya. Sungguh celaka orang yang tidak mendapatkan ampunan Allah pada bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu sebagai kelaparan dan kehausan pada hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkan tali persaudaraanmu, jaga lidahmu. Tahanlah pandanganmu dari yang tidak halal kamu memandangnya, dan jagalah pula pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tanganmu untuk berdoa dalam shalat-shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka yang memanggil-Nya dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri kalian tergadai karena amal-amal kalian, maka bebaskanlah dengan istighfar. Pungung-punggung-mu berat karena beban (dosa)mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah, Allah Taala bersumpah dengan segala kebesarannya, bahwa dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud dan tidak akan mengamcam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Robbul alamin.

Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi (makanan untuk) berbuka kepada orang-orang mukmin yang melaksanakan saum pada bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

Para sahabat bertanya'"Ya Rasulullah tidaklah kami semua mampu berbuat demikian".

Rasulullah meneruskan (khutbahnya),"Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian walupun hanya dengan seteguk air".

Wahai manusia! Barangsiapa membaguskan akhlaknya pada bulan ini, dia akan berhasil melewati shirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Barangsiapa meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya pada hari kiamat.

Barangsiapa menahan kejelekannya pada bulan ini, Allah akan menahan mulut-Nya pada hari dia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari dia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) pada bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari dia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan pada bulan ini, Allah akan memutuskan daripadanya rahmat-Nya pada hari dia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunat pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardhu, baginya ganjaran seperti melakukan tujuh puluh shalat fardhu pada bulan yang lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al Quran maka pahalanya sama seperti mengkhatamkan Al Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhan-mu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Robbmu agar tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan dibelenggu maka mintalah agar mereka tidak pernah lagi menguasaimu.

Amirul Mukminin, Ali bin Abi Thalib karomallhu wajhah berdiri dan berkata'"Ya Rasulullah, amal apa yang paling utama pada bulan ini?".

"Ya Abul Hasan amal yang paling utama pada bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah Azza wa Jalla" jawab Nabi SAW (HR.Ibnu Khuzaiman,Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Lihatlah! Kita tidak akan pernah berjumpa dengan kemudahan ampunan kecuali di bulan Ramadhan ini. Sebanyak dan semelimpah manapun dosa kita, sungguh Allah menjanjikan ampunan-Nya di bulan ini. Kalau kita merasa berat hidup karena lumuran dosa dan maksiat, maka ketahuilah ampunan Allah di bulan Ramadhan lebih dahsyat daripada dahsyatnya dosa-dosa kita. Kalau kita merasa gersang dan kering, maka Ramadhan adalah jalan yang paling cepat untuk mendapatkan rahmat-Nya. Kalau kita dililit utang piutang, maka Allah adalah Dzat Mahakaya yang menjanjikan terkabulnya terkabulnya doa,dicukupkan-Nya apa yang kita perlukan.

sungguh rugi andaikata kita tidak bergembira ria, tidak bersemangat dalam menghadapi ramadhan ini. Ramadhan diawali dengan adzan berkumandang, maka itulah saat syaitan dibelenggu, dimulainya hitungan pahala amal yang berbeda, dibukanya pintu-pintu surga, ditutupnya pintu-pintu neraka. Maka seharusnya kita bersungguh-sungguh berharap agar Allah menjamu kita dengan menyiapkan diri jadi orang yang layak dijamu oleh Allah.

hayya na'khuz hazihil fursoh fi syharu ramadhan bi tabzulu 'amalun soleh wa to'atun ilallah.. lianna nahnu lam na'lam mata ja-a sa'atul maut ilaina.
(*jom, kita ambil peluang ini di bulan ramadhan dgn melipat gandakan 'amal soleh dan keta'atan kpd Allah.. kerana kita tidak tahu bila datangnya waktu maut buat kita.)



Thursday, August 6, 2009

Hidup TiDaK SeLalUnYA InDAh......LaNGit TAk SeLAlU CeRAh.....






In The Name Of Allah The Most Gracius The Most Merciful.

Salamualaiki.....

alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk menaip di atas keyboard ni.
entah, kadangkala saya terfikir kalaulah tgh saya buat sesuatU perkara tu dan Allah nak tarik nyawa saya......
hai.....tak tahulah...

ALHAMDULILLAH,
tadi saya baru selesai berbuka puasa bersama usrati mahbubah.
UHIBBU USRATI!!!
rasa macam nak dekat bulan ramadhan..

ALAHUMMA BARIK LANA FI RAJABI WA SYA'BAN WA BALLIGHNA RAMDHAN!!
BALLIGHNA RAMADHAN!!

saya tak sabar menantikan kedatangan RAMADHAN...

^_^

'_'

:)

:]

*_*

@_@

>_<

Saya tak sabar menantikan kehadiran Ramadhan,.....

Saturday, August 1, 2009

Friday, July 31, 2009

novel....novel..........







KeNaNgaN MunaZHarAh LuGHaTuL ArABiYah Di HOtEl PuTRa , KL

Suar last day di hadapan HOTEL PUTRA - sama kak Ain dan coach

Suar - masa ni tgh sibuk bincang utk sidang seterusnyadi lobi HOTEL PUTRA sama MAMA IDA

SUAR3 - ada ustzh SUHANA skali...BEST bangat

TEAM B SMIH - sakinah tgh debat tu..... mantap tak?? Hehe

Mina syimal - Anas hairozi,Raden Qurratu Aini dan Nurul Sakinah Azmi

Alhamdulillah, Sakinah kangen bangat sama Munazharah....

Kangen!!!

Sakinah... kangen bangat!!!

Saturday, June 6, 2009

VT - BY Hilal asyraf


Alhamdulillah..........
Hari ni Allah masih beri peluang buat Sakinah untuk menaip di papan kekunci ni...
Hmmm.....
Saja je letak cover buku VT by Hilal Asyraf.
Sakinah uhibbu jiddan jiddan hazihil Qissah..
Tak tahulah kenapa tapi buku ni banyak memberi panduan buat kita semua para de'ie dan khalifatullah
Syukran Jazilan wa jazakallahu khairan kathira ilal Akh Hilal Asyraf kerana telah berjaya menerbitkan buku sehebat ini....
JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.....

Tuesday, June 2, 2009

BuAtMu MuSlImAh........



Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.


Usah baBoldngga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....



Monday, June 1, 2009

DeNgAN MenYEbuT NaMA ALlaH YanG MAhA PeMUraH LaGi MahA MeNGasIhaNI.........

Alhamdulillah, diri ini masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menghirup udara sesegarnya...

Ok.ni jadual belajar untuk sakinah for this cuti sem....

CHAIYOK!!CHAIYOK!!
Al-Azhar is waiting for YOU....

Setiap hari ; 1 chapter dari Subjek BIOLOGY
1 chapter dari Subjek PHYSICS
1 chapter dari Subjek CHEMISTRY
1 chapter dari Subjek ADD MATH
1 chapter dari Subjek SEJARAH
1 chapter dari Subjek PQS/PSI

Tambahan ; 10 kalimah BI,BM,BA
1 m/s dari AQ (hafazan)
2 juzu' dari AQ(ulangan)

INSYA ALLAH DOAKAN sakinah YE?!

BITTAUFIQ WANNAJAH YA UKHTI...

Sunday, May 31, 2009

SakInAH BerSuarA....

Sakinah macam Sedeyh sangat2 sekarang

Nak tahu Kenapa???

Tadi Sakinah ziarah blog rakan-rakan sakinah yang lain dan didapati di dalam blog salah seorang sahabat sakinah dia telah menyuarakan rasa ketidakpuashatian dia......

Bagus memanglah bagus namun mana letaknya AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR>??

MANA LETAKNYA SALING MEMPERINGATI??

MANA LETAKNYA sYU'UR MAHABBAH ILA SADIQATI???

MANA LETAKNYA UKHUWAH ISLAMIYAH KITA YA SAHIBATI???

Asy'uru bilhazan JIDDAN JIDDAN!

Nilah salah satu puncanya umat Islam sekarang LEMAH!!!

Kerana APA??

Kerana hasad dengki sesama sendiri , tidak ada rasa kasih sayang antara satu sama lain, ghibah berleluasa dan perpecahan antara umat Islam SENDIRI....

Sedangkan lihatlah rakan-rakan kita di PALESTIN??!!

Mereka berjihad berhabis-habisan namun kita berjihad dengan APA???

Dengan benda yang remeh-temeh.....

Ya Allah, Beginikah sikap umatmu......

ASY'URU BILHAZAN JIDDAN JIDDAN........... ;[ :{ ;(

SrIkaNDi'S InTHe HoUsE ^_^

Salamualaikum...............

Semalam tidur lewat bangat!!!
Entahlah , tekder mood to STuDy Ni....
CaMna NI???
HeYP, GirL You'Re GoInG To tAkE SpM ThIS YeaR!!

ana tak tau dah nak wat camner ni...

Hmm.....
sahabat-sahabat yang pergi ke i'idat du'at telah selamat pulang....
ALhaMdUlILlaH!!

pasti antunna sume dah dapat BANyak TarBiyah di SanA kan??

SrIkaNDi is stIll In dilema......

;(

:{

;[

SedEyH banGaT!!!

Fsquared pulak Tak JaDik Pegi...

I'M in DiLeMa

HAti MeRinTih.....Ya TuHanKU!

Alhamdulillah......

dapat juga ana mencoret sepatah dua kata di sini.....

Sekarang, risau SYADID2 kerana kami merancang Li Ziarah Ila USIM fi minggu kedua 'Utlah.....

Entahlah, rasa macam dah banyak jiddan2 susahkan orang.....

QURRAH ; Dahlah S****** tak payah kita pergi tunggu jer, klu kita dapat pergilah tapi ana rasa macam taknak pergi sebab dah banyak kita susahkan orang, kan?!

Fsquared ; Ana nak pergi kak k**** ! ustaz cakap apa? kita takleh mengalah!!Ana nak sangat pergi!!!

NaqiSar ; Ana tak kisah....Mak ana dah bagi keizinan!!!

Ni sume komen2 rakan - rakan ana yang terlibat.....

YA ALLAH, BERIKANLAH KU KEMUDAHAN UNTUK MEMILIH KEPUTUSAN YANG SEBAIKNYA!!

Ana agak penat minggu ni kerana melakukan sesuatu yang skinh tak pernah lkukan sebelum ni......

Akrahu Li yattasilu ma'al Ustaz HAH ..........

Skinh TAK SUKA!!!

Geram..... tapi macam mana nak buat???

YA ALLAH, JAGALAH HATI HAMBAMU INI DARI ZINA HATI YANG MENGEJARI........ ;( );

cErPEN>

Sep 11, 2007

Cerpen - Sempena Ramadhan

Oleh: Al-Hidayah

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat

tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa

terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera

luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu,

separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam

Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah,

assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak

mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun

ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3

player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy

menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah

ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat

kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca

kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama

Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka

ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka

sahajalah mereka bertawakal”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku

sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku.

Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud,

Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali

ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi

doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah

mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa

juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited”

kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada

Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk

menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang

juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan

ditiup angin.

“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat

Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok

dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima

Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau

sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas

usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di

dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan

perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan

Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu

dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri

muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman

seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan

dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program

islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan

untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk

memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah.

Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan

“dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia

tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-

tiba Najwa tersentak lagi..


“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang

kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka

tidakkah kamu berfikir?”

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan

dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu

jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada

kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap

dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu

menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa

bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia

mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk

mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang

sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang

memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa

yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.

“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu

kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka

menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam

pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa

khabar iman kamu?).

Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in

Ramadhan all the time!”

Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak

pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah

yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”

“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”

“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila


kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita.

Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.

“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang

lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim,

bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di

sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang

yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of

solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada

berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”

“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena

amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun

apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin

with?” Hayati berkata.

Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”

Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”

Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”

Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada

hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat

imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda,

sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”

“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni,

sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan

indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down

ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat,

turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia

merintih kepadaKu”

You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah

dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah

memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap

kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap

kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa

terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini

mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

SAjAK Du'aT

Ajalnya tertakdir di balik peluru berterbangan,Lalu pergilah Hassan Al-Banna penuh kemuliaan…

Di penghujung hayat Syed Qutb bermadah indah,Penuh ketabahan di tali gantung sebagai penyudah…

Dr. Mustafa Siba’i terperuk hina di balik jeriji besi,Terhukum lantaran tegar mengusir penjajah tirani…

Tidak mengenal noktah menyucikan syar’iat tercinta,Abu’l A’la Al-Maududi dalam kenangan selamanya…

Sheikh Ahmad Yassin belum pernah semput berjuang,Diundang sebagai syuhada’ kala subuh menjelang…

Mereka…Tokoh terpuji,Pejuang sejati,Mujaddid berbakti…

Mereka…Selamanya terpateri di benak memori,Dikenang kerna pegangan dijulang tinggi,Diidam-idamkankan lantaran jiwa nan suci,Ibarat lilin teguh berdiri,Sanggup terbakar demi terus menerangi,Rela lebur di medan perjuangan hakiki…

Mereka…Permata agama dikasihi seisi dunia,Pemergiannya terlampau dirasa,Tidak bisa diganti insan biasa,Amat sukar tuk jejaki di alam fana…

Kita?Bagaimana?

UnTItLeD.....

From :
Temanmu yang jauh di perantauan ,
Yang kan selalu mengingatimu,
University of Dunedin ,
New Zealand.


“Hmm…..siapalah pengirim surat ni??Mar……ni ada surat untuk anti ni!!!
Mar!!! Mar!!! Cepat turun Mar …..surat dari jauh!!! Mar!!!”teriak Salsabila sambil menayangkan surat bersampul biru di tangan kirinya.

“Ya Allah, Sal kenapa menjerit-jerit ni?Mar ingat Sal kena apa-apa ke? Takpun kena culik atau dera ke? Hish…..Sal ni berapa kali Mar bilang jangan berteriak macam tu……tak elok anak dara sayang ooi!! Malu jiran sebelah dengar,tau?!”ujar Mar.

“Baiklah tuan puteri intan payung sayang ooi…Sal mohon maaf! Ni ada surat untuk Mar…Jauh tu!Dari New Zealand”

“Syukran Jazilan , Sal!”ucap Mar sambil mengambil surat bersampul biru dari tangan Salsabila.

“Mar, Kalau anti nak pergi jami’ah atau maktabah ajak ana tau…Ana nak rehat sebentar!”

“ok Sal. Pergilah berehat!”

“Baca surat tu tapi jangan sampai termimpi-mimpi pula pada si pengirim!Hehehe” giat Salsabila lantas menapak ke ruang atas.

“Sal……Sal……,Tak habis-habis!”keluh Mar melihat keletah Sal yang tidak pernah berubah sejak pertemuan pertama mereka.

Mariyah al-qibtiyah Binti Mustaqim Al-qardhawi. Nama empunya diri kini sedang menuntut di Jami’ah Al-Azhar , Iskandariah Mesir . Mariyah tersenyum sendirian mengenangkan sejarah dirinya.

“Hmmm……..Siapalah pengirim surat ini?England !Takkanlah Suaibah Dia kat New Zealand….”Benak pikiran Mariyah menimbulkan pelbagai soalan berikutan kehadiran surat bersampul biru ini.

Mariyah tertanya-tanya dengan kehadiran surat bersampul biru tersebut.

*************************************************************************************
“Alhamdulillah……Habis kuliah hari ni,”ujar Masyitah kepenatan

“Yelah Masy . Ana rasa penat sangat hari ni…..Ujian Allah untuk kita yang kat perantauan ni, kan?!”

“Eh, sal !Surat siapa tu? Dah beberapa hari ana tengok terdampar kat situ je?”

Salsabila membuntangkan matanya sebaik sahaja melihat surat tersebut.

“Lah…..Ni surat Mar Dari yaumul Isnain dah sampai. Dah nak dekat seminggu surat ni sampai kat sini…”

“Ye ke….kalo gitu biar Masy yang bawak naik dan beri Mar bila dia balik nanti…”

“Haa……tapi jangan Masy pulak lupa nak bagi nanti tau!”

“Insya Allah , Masy ingat. Ana naik dulu yer…..Nak mandi belengas dah ni….”

“Ok naik dululah nanti lepas Masy Sal pulak mandi”

“Ok Masy nak mandi cepat – cepat nanti jadi kambing ……Melekat-lekat peluh dan daki…Hiiiii!”

“Masy ni……!”

Masyitah berlari-lari anak menapak ke ruang atas bagi menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa usikan Salsbila.

Suasana kembali sunyi sepertimana biasanya mereka lalui.Hidup di perantauan banyak mengajar Mariyah,Salsabila,Masyitah dan sebahagian besar rakan – rakan mereka erti kehidupan dan ketabahan dalam menempuh cabaran dan dugaan yang mendatang.Salsabila yang selama ini dibesarkan dalam kemewahan mengenal erti susah payah mencari sesuap rezeki ketika di perantauan dan mengajarnya mengenali hati budi rakan-rakan . Maha Suci Allah yang menetapkan segala sesuatu itu ada hikmah dan kesenangan yang terselit di sebaliknya. Allah Maha Berkuasa Atas segala sesuatu.

Benarlah firman Allah , mafhumnya:

“Allah mendatangkan sesudah kesusahan itu pasti ada kesenangan….”
Kalam Allah yang disampaikan kepada manusia ini padat isinya dan mendalam maknanya, hanya yang berusaha untuk memahaminya akan dapat hikmah di sebaliknya. Subhanallah wal hamdulillah walailaha Illallah wallahu akbar!!

Allah sebaik – baik pelindung dan Dia lah tempat kita berlindung. Salsabila asyik merenung kebesaran , keagungan dan keindahan ciptaan Allah yang terpampang di hadapan matanya. Langit yang bercahaya disinari cahaya rembulan dan sinaran bebintang.Salsabila teringat akan peristiwa yang berlaku pada dirinya beberapa bulan yang lalu.

Tragedi hitam yang pasti tidak akan dilupakan oleh mana – mana gadis andai ia terjadi pada rakannya yang lain.12 oktober , Salsabila hampir diperkosa oleh lelaki jalanan ketika ingin pulang ke rumahnya . Betapa hebatnya kasih sayang Allah kepada hambanya yang bergantung harap kepadanya sepenuhnya , Salsabila diselamatkan daripada tragedi tersebut dengan bantuan Allah yang mengilhamkan kepada rakannya, Saifullah Al-Hakim untuk melalui jalan tersebut. Alhamdulillah setelah tragedi tersebut Salsabila berasa betapa dekatnya dirinya dengan Allah s.w.t. Betapa hampir jiwanya dengan kasih sayang Allah….

“Assalamualaikum!!!”

“Waalaikumussalam…..” balas Salsabila.Lamunannya sebentar tadi telah terhenti.

“Sal, dah balik rupanya! Alhamdulillah, penatnya hari ni…..”

“Hai , ingatkan mak cik sorang ni dah tak ingat jalan balik rumah…?”giat Salsabila.

“Alah , Sal marah yer?? Nanti Mar panggil cik abang datang sini pujuk Puteri Salsabila Megat Muzakkir ye….”

“Iishh…Mar ni!!!”rajuk Salsabila.

“Sal , jangan merajuk kay?!”

“Just joking!” sengih Salsabila

“Alhamdulillah , ingatkan betul – betul tadi…”

“Mar , have you forgotten about something , my dear?”

“Hmm….I’m not sure! Limaza?Ana ada terlupa something ke??”

“Mar!! Try to remember!How dare you leave it like that?”

“Ya Allah!That must be the letter , right? Asifah jiddan , ya ukhti!Nasitu!”

“Hmm…..Send your apologise to the sender , kay ?!”

“Insya Allah. I’ll do it as soon as possible! BiIznillah!”

“Your letter with Masyitah , upstairs!”

“Sal, La Taghdab!Ana kenal anti , kalau marah you must be speaking like
this….”

“No , it’s alright!Ok, Good night! Don’t forget muhasabah yaumiyan!Godenacht!”

“Insya Allah ! Laki!Nacht!”

*************************************************************************************

Saturday, May 30, 2009

Ahlan wa sahlan


Alhamudulillah thummalhamdulillah thummalhamdulillah......

Akhirnya ana berjaya juga create blog ini dalam masa yang terdekat ni walaupun kalau nak ikutkan masa sangat2 mencemburui ana....

GEMBIRANYA , YA ALLAH!!!!!!

hari tu, saya tukar psword e-mail tp tau tak saya trlupa pula pada psword yg baru so tpksa tkr e-mail . sedeyh bangat ;(

Mungkin ALLAH tak nak saya lali kot... takpelah lgpun ALLAh dh gntikan dgn yang lebih baik , kan?!

open your eyes - Maher Zain

asdiqa'i

Powered By Blogger

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

FREE PALESTINE

Facebook Badge

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

Salam bertandang ke blog ini.....

10 muwassofat tarbiyah


1) Salimul 'Aqidah

-Aqidah Yang Sejahtera


2) Sohihul Ibadah

-Ibadah Yang Sahih


3) Matinul Khuluk

-Akhlak Yang Mantap


4)Qadiran 'Ala Kasbi

-Mampu Bekerja / berdikari


5) Mutsaqqafal Fikri

-Berpengetahuan luas


6) Qawiyyal Jism

-Tubuh Yang Cergas


7)Mujahadah Linnafsi

-Mujahadah (Menguasai Diri)


8)Munadzomun fi syu'unihi

-Teratur urusannya


9)Haarithun 'ala waqtihi

-Sangat Menghargai Masa


10)Nafi'ul Li Ghairihi

-Bermanfaat Kpd Orang Lain


About Me

Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini

Al-waqtu kassaif....

Musafir SaKinah

1924

1924
oh, MusLim WakE UP!!

Man Anti/Anta?